Sinopsis My Stupid Boss 2

Kekurangan pekerja di kilang, Bossman (Reza Rahadian) telah memutuskan untuk mencari pekerja baharu di Vietnam. Bossman telah berangkat ke Vietnam bersama-sama dengan Diana (Bunga Citra Lestari), Mr Kho (Chew Kin Wah), dan Adrian (Iedil Putra). Sepanjang pencarian itu, mereka telah ditimpa dengan pelbagai masalah yang disebabkan oleh Bossman. Sementara itu di Kuala Lumpur, Norahsikin (Atikah Suhaemi) dan Azahari (Iskandar Zulkarnaen) juga harus menghadapi masalah hutang yang tidak dibayar oleh Bossman. Pejabat mereka telah diserang oleh gangster yang mahu Bossman melunaskan hutangnya.